12.12.2011.
CAK ! SELAMAT PAGI DAN SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-6 UNTUK ANAKANDA MUHAMMAD AFNAN. SEMOGA AFNAN MAMPU MENAPAK SEBAGAI ANAK YANG SOLEH, PENYEJUK HATI KEDUA IBU BAPA. SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI AFNAN, DIKURNIAKAN KECERDASAN AKAL FIKIRAN, KEBAIKAN AKHLAK DAN SIHAT TUBUH BADAN. TUTUPKANLAH PANDANGAN MATA HATI AFNAN DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG OLEH AGAMA-MU YA ALLAH.
Sebenarnya agak fening juga nak pilih kek yang mana nak buat untuk hari jadi Afnan hari ni. Satu jenis nak bawa ke sekolah, kat rumah nak jenis yang lain pulak. Haru-biru budak ni sorang (Mujur tak haru-pink ke, haru-kelabu asap ke). Cheese kek ke ? Chocolate kek ke ? 2 jenis kek ni memang laku kat rumah ni. Kalau yang jenis lain tak berapa laju. So, pepagi bangun lepas solat Subuh, saya dah menggodek kek coklat moist untuk Afnan bawa ke sekolah. Tapi versi yang ni saya letak dalam paper cup, maka jadi le muffin untuk mudah dia agih-agihkan kepada kawan-kawan dia. Lagipun kek ni mudah nak buat, semudah ABC dan dicampur tolak pula dengan masa yang terhad.
RESEPI KEK COKLAT MOIST (VERSI muffin)
Sumber asal : Dari Pn.Munirah Baharom Kongsi Resepi
BAHAN
Bahan A:
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak sayuran - saya guna minyak jagung
3/4 cawan susu pekat
Optional : 1 sudu teh nescafe (saya tambah)
Optional juga : 1 sudu teh jus lemon (untuk hilang rasa muak pada kek)
Bahan B :
4 biji telur saiz M
Bahan C :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu KFC baking powder
1 sudu KFC soda bikarbonat
CARA :
1. Kesemua bahan A dimasak atas api. Masak sehingga gula cair sahaja, tidak perlu mendidih. Dah masak, sejukkan sebentar.
2. Blender telur sehingga kembang.
3. Ayak bahan C bersama-sama.
4. Masukkan bahan B dan bahan C secara berselang-seli ke bahan A. Sebatikan.
5. Tuang ke dalam paper cup yang dialas dengan acuan muffin dan bakar dalam oven menggunakan suhu 170 degree selama 30 minit.
Mudahkan ? Sedia bahan 30 minit, bakar 30 minit. Dah siap.....SELAMAT MENCUBA untuk versi kek yang mudah, cepat dan sedap...Terima kasih kepada penyumbang resepi, Pn. Munirah Baharom.
Isnin, 12 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Kira-kira 2 minggu yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang kawan berbangsa Arab. Tujuan ziarah ke rumahnya kali ini, ...
-
Assalamualaikum buat para pembaca. Di Jordan ni menu lauk susah nak dipelbagaikan. Faktor utamanya ikan sukar untuk didapati. Tu pun hanya m...
-
Hari ni hari ulang tahun perkahwinan saya dan Abang untuk kali yang ke-12. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana Allah memberi nikmat ...
-
Salam pagi Jumaat....Setiap kali tibanya hari Jumaat satu perkara yang seboleh-bolehnya ingin saya lakukan secara berterusan pada setiap har...
-
Ciskek yang saya buat ni kira jodoh juga la...sebabnya dgn ciskek ni saya jarang-jarang sekali bertemu jodoh. Cuma sejak akhir-akhir ni saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan