Isnin, 29 Oktober 2012

ADHA 2012 DAN IBU

Hari ini anak-anak sudah memulakan persekolahan setelah cuti sementara yang hanya beberapa hari sempena sambutan Aidil Adha. Apabila membicarakan tentang Aidil Adha sinonimnya tentulah dgn ibadah haji. Pada tahun ini saya dan suami mendaftarkan nama untuk pergi haji. Namun, rezeki tidak menyebelahi kami (bukan kami sahaja, termasuklah sahabat-sahabat di Jordan yang lain) kerana pihak Kedutaan Arab Saudi tidak buka visa haji untuk orang Malaysia pergi haji melalui Jordan. Hmmm...bila ditenung-tenung semula mungkin tak layak lagi nak jadi tetamu Allah pada tahun ini. Barangkali banyak lagi perkara bersangkutan yang perlu diselesaikan sebelum benar-benar layak dijemput menjadi tetamu Allah, terutamanya hutang dengan manusia. Sekiranya ditakdirkan saya benar-benar berada di Arafah pada tahun ini, antara doa yang saya ingin panjatkan :

"YA ALLAH ! SEMBUHKANLAH IBUKU  DARI SAKITNYA. KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUKNYA."

Malahan doa ini jugalah yang saya panjatkan pada setiap kali solat fardhu dan tatkala berpeluang berada di hadapan Kaabah terutama di kawasan Multazam ketika menunaikan umrah.

Semoga segala ilmu Fardhu Ain yang diajar oleh ibu saya kepada saya, adik-adik saya dan anak-anak muridnya menjadi amal jariah untuk dirinya.




Ahad, 28 Oktober 2012

SIFAT MAZMUMAH 
MEROSAKKAN HUBUNGAN KEMASYARAKATAN


SEBAB-SEBAB BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN KEMASYARAKATAN  ADALAH  KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama :
 
1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. ). Dan selalunya orang akan mengelak untuk berkomunikasi dgn orang pemarah. Bukan sebab apa, malas....asyik dia je yang betul. Orang lain semua salah. Kalau bertekak dgn orang pemarah pun tak ada gunanya. Orang yang pemarah tidak dapat menilai komunikasinya dgn sesiapa jua pun, maksudnya asyik pukul rata saja dgn semua orang. Bahayanya sifat marah ini akan melahirkan tindakan di luar jangkaan. 
  
2. Buruk sangka. Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Tindak-tanduk "lebih kurang" oleh lawannya dirasakan untuk mencari masalah dgn dirinya. Tambah parah jika dirasakan, lawannya itu "ok" dgn orang lain, dgn dirinya sentiasa tidak "ok".  Luahkan masalah kepada orang lain barangkali boleh mengurangkan rasa buruk sangka ini. Ataupun cara yang paling baik selesaikan sebarang permasalahan dgn orang yang kita rasa ada masalah dgnnya secara bersemuka agar semuanya jelas tanpa ada maksud tersembunyi. 

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..). 

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautân, walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga. Lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah  rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnya time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn kelebihan yg kita ada.

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Jadi, checklist lah diri kita yang mana satu sifat mazmumah yang dok bertapak kat hati tu. Carilah ilmu bagaimana cara untuk mengurangkan sifat tersebut. Dah dapat penawarnya jangan dibiarkan, amalkan segera. Contohnya, jika merasakan diri kita bakhil, selalu2 lah bersedekah supaya sifat bakhil dapat dikurangkan. Jika gemar berburuk sangka, cepat-cepat menolak bisikan hati dan memikirkan yang bukan-bukan terhadap seseorang. Cubalah untuk sentiasa berbuat baik kepada dirinya meskipun kita merasakan sikapnya kadangkala membuatkan kita tawar hati. 


Pilihan di hati kita, jika memilih akhirat yang bahagia bermujahadahlah. Jika memilih dunia yang sementara biarkan saja mazmumah itu bertapak di hati kita. Kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. 

Hargailah setiap insan yang berada di sekeliling kita ! 

CATATAN POPULAR