Apesal tiba-tiba cerita kek ni. Yang sebenarnya semalam adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Satu hadiah yang amat-amat saya hargai, tentulah hadiah dari Abang merangkap Mr. Hubby saya - jam tangan. Terima kasih my beloved hubby atas ingatan dan doa. I luv u.....muah!!!
KEMBARA ILMU
Jumaat, 30 Disember 2011
TERKEJUT DAN TERHARU-30 Disember...
Terkejut dan terharu saya. Lebih kurang jam 10.30 loceng rumah dipetik. Tengok-tengok jiran sebelah rumah datang. Takkan jiran sebelah rumah datang pun terkejut dan terharu kot. Yang sebenarnya terkejut dan terharu sebab datang dengan sebiji kek untuk meraikan hari jadi yang ke...ke berapa eh? Ke-36 kalau tak silap, sebab lahir tahun 1975. Teruknya "dia" ni, umur sendiri pun tak ingat. Terima kasih saya ucapkan kepada jiran saya yang sangat baik hati, Kak Aizah kerana bersusah-payah menyiapkan sebiji kek coklat moist yang eggless tu (sorry tak ingat nama penuh sbb panjang......). Siap dengan topping yang amat sedap dan cantik. Terima kasih K.Aizah....kenangan ini takkan saya lupakan seumur hidup. Dan satu lagi....topping tu memberi inspirasi kepada saya untuk berjinak-jinak nak deco-deco kek. Alat deco ada le sebiji dua dah beli. Tapi dok simpan kat rak saja. Entah bila nak guna pun tak tahu.
Apesal tiba-tiba cerita kek ni. Yang sebenarnya semalam adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Satu hadiah yang amat-amat saya hargai, tentulah hadiah dari Abang merangkap Mr. Hubby saya - jam tangan. Terima kasih my beloved hubby atas ingatan dan doa. I luv u.....muah!!!
Apesal tiba-tiba cerita kek ni. Yang sebenarnya semalam adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Satu hadiah yang amat-amat saya hargai, tentulah hadiah dari Abang merangkap Mr. Hubby saya - jam tangan. Terima kasih my beloved hubby atas ingatan dan doa. I luv u.....muah!!!
Khamis, 29 Disember 2011
AYAM BAKAR SOS MUSTARD
Assalamualaikum buat para pembaca. Di Jordan ni menu lauk susah nak dipelbagaikan. Faktor utamanya ikan sukar untuk didapati. Tu pun hanya merasa ikan frozen sahaja, ikan segar-segar macam di Malaysia jauh sekali. Harga ikan pun boleh tahan mahalnya. Jadinya, kalau duduk sini terpaksalah membiasakan diri dengan daging dan ayam sahaja. Pusing-pusing itu sahajalah menu lauknya. Oleh kerana sudah bosan dengan ayam masak kari, ayam masak merah, ayam masak kurma, ayam goreng berempah, nasi ayam ataupun nasi arab lauk ayam, maka hari ni nak tukar selera buat ayam bakar pula. Saya namakan masakan ni......Ayam Bakar Sos Mustard. Sebabnya menggunakan sos mustard sebagai perencah dalam masakan ayam bakar ni. Resepi ni saya dapat dari seorang kenalan Arab. Tapi ikut kaedah asalnya bakar atas arang. Tapi musim-musim sejuk ni, tak kuasalah pulak saya nak memanggang ayam ni menggunakan arang. Jadinya saya bakar ayam ni menggunakan oven sahaja.
RESEPI AYAM BAKAR SOS MUSTARD
BAHAN :
1/2 kilo ayam
4 sudu besar sos mustard
2 sudu besar cuka masakan
2 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kunyit serbuk
Garam secukup rasa
CARA :
1. Potong ayam sederahana besar dan kelar-kelarkan.
2. Blend bawang dan lada hitam bersama-sama.
3. Gaulkan bawang, lada hitam, sos mustard, cuka, garam, kunyit bersama-sama.
4. Perapkan bahan yang digaul tadi bersama ayam selama 2-3 jam.
5. Letakkan ayam dalam loyang dan bakar dalam oven menggunakan suhu 170 degree selama 1 jam 15 minit.
6. Hidangkan bersama nasi panas dan salad tomato berserta timun. Enak juga dihidangkan bersama air asam.
SELAMAT MENCUBA...untuk menu yang amat mudah dan lazat ini.

Rabu, 28 Disember 2011
LOMPAT TIKAM VERSI SUSU
Hari dah malam.....tapi perut tak tahu kenyang budak-budak kat rumah ni. Bukan setakat budak-budak, mak budak pun sama lapar ....Tambah pulak dengan musim sejuk ni, lagilah berkeroncong perut tu. Dari balik sekolah tadi sampailah ke malam asyik request nak lompat tikam. Dah tu pulak sesedap rasa je budak-budak ni nak bagi nama - tikam pelompat...katak lompat (tak sanggup nak dengar). Diberi nama katak lompat sebab dia orang kata ada warna hijau. Tak sampai hati rasanya nak biar tidur termimpi-mimpikan lompat tikam. Maka, buatlah lagi lompat tikam entah kali yang ke berapa pun tak tahu ni. Asal resepi ni saya cedok dari kakfida@myresipi. Tapi disebabkan santan yang berkali ganda mahal kat Jordan ni, maka santan tu saya tukar dengan susu. Maap ye K.fida sesuka hati saya je nak oter2 resepi K.Fida ni. Susu berlambak-lambak dijual di sini dan harganya masih dlm kemampuan kalau nak beli berkotak-kotak pun. Jom kita tengok resepi lompat tikam yang saya buat. Siapa agaknya yang sudi nak tengok resepi saya ni.
LOMPAT TIKAM VERSI SUSU
Lapis hijau :
1300 ml air
100 gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau
Lapis putih :
1000 ml susu cair
200 ml air
70 gm tepung beras
1 sudu teh garam
Air gula :
1000 ml air
200 gm gula pasir
70 gm gula merah
Sedikit daun pandan disimpul
CARA :
1. Blend kesemua bahan lapisan hijau, dan masak atas api. Kacau sehingga pekat dan tuang ke dalam bekas. Biarkan sejuk.
2. Blend kesemua bahan lapisan putih, dan masak atas api. Kacau sehingga pekat dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Tuang secara perlahan-lahan. Caranya letakkan sudip atas lapisan hijau sambil dituang secara perlahan-lahan untuk mengelakkan lapisan hijau mengalami "kecederaan". Sejukkan.
3. Masakkan air gula.
4. Hidangkan bersama air gula.
5. Untuk rasa yang lebih memukau selera, simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA...untuk resepi yg amat mudah ni,semudah ا ب ت .

Isnin, 26 Disember 2011
KEMAHIRAN MEMBACA (i)
Saya mempunyai anak yang baru nak mengenal alam persekolahan. Kadang-kadang pening juga memikirkan bagaimanakah cara untuk membantunya agar boleh mahir membaca. Di sini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya baca dari www.iluvislam.com tentang cara-cara untuk membentuk kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Semoga artikel ini dapat memberi panduan kepada ramai ibu bapa bagaimakah cara untuk mengajar anak-anak mereka agar mahir membaca.
MEMBENTUK KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK
SUMBER : Zahir Zainudin dlm www.iluvislam.com
Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa.Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa". Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat.Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
1- Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
2- Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
3- Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.
Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
4- Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
5- Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang.
Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda yang membaca blog ini.

- Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
- Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
- Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
- Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
- Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
- Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
- Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
- Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
- Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
- Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
- Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
1- Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
2- Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
3- Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.
Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
4- Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
5- Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang.
Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
- mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
- belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
- kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
- rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
- kosa kata berkembang sehingga 270.
- peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
- terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
- perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
- kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
- pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
- mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
- perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
- kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
- corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
- mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
- Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
- Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
- Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
- Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda yang membaca blog ini.
ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-12
Hari ni hari ulang tahun perkahwinan saya dan Abang untuk kali yang ke-12.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana Allah memberi nikmat jodoh yang panjang sehingga hari dan saat ini. Semoga jodoh saya dan Abang diperpanjangkan sehingga hari akhirat, amin....
Jodoh kami keluarga yang tentukan kerana masing-masing tak pandai nak berkapel-kapel seperti budak-budak zaman sekarang. Alhamdulillah....bercinta pun lepas kawen. Usia pertunangan setahun kerana saya ketika itu masih belum tamat belajar lagi dan Abang pun baru nak menapak mencari kerja setelah tamat belajar.
Lepas kawen kami berdua terus berhijrah ke Negeri 9. Hampir 8 tahun kami di Negeri 9 mencari pengalaman kehidupan di samping mencari rezeki di sana.
Dan akhirnya berhijrah ke Selangor pula dan rasanya akan menjadi penduduk tetap Selangor sebab dah beli rumah di sana.
Dan sekarang Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk kami menjalani kehidupan sementara di Dataran Syam.

Ahad, 18 Disember 2011
BLUBERRY CHEESE CAKE BERPERISA MANGGA
Slm...hari ni dilalui dgn perkara biasa-biasa sahaja. Memasak, mengemas, mendobi dan juga lepak-lepak tengok tv. Rancangan tv yg paling saya sukai tentulah Fatafeat. Fatafeat ni sebuah rancangan masak-masak di rantau Arab. Fatafeat bukan sekadar menyajikan resepi Timur Tengah, tetapi turut menyajikan resepi-resepi dari Barat. Kalau kat Malaysia skrg dok femes master chef, tetapi kat sini femes dgn star chef.
Menu menarik hari ni? Membaking ciskek lagi....BLUEBERRY CHEESE CAKE, tapi yg ni saya taruk perisa mangga. Topingnya tetap letak blueberry sbb kat Jordan ni tak de kebun mangga. Yang banyak kebun zaitun, takkan saya nak letak buah zaitun pulak. Ngeee.....tak dpt bayangkan rasanya klau ciskek letak buah zaitun. Boleh pening lalat agaknya.
BLUEBERRY CHEESE CAKE
BAHAN :
Base :
1. 50 gm tea biskut
2. 100 gm marjerin
Kek :
240 gm cream cheese
80 gm gula halus
2 biji telur gred C
200 ml whipping cream
135 ml yogurt perisa asli
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk perisa mangga (Kalau kat Malaysia ada jenama Tang)
CARA :
Untuk base :
1. Hancurkan biskut dan gaul bersama mentega yg telah cair.
2. Kemudian tekan-tekan dan padatkan dlm loyang spring foam.
3. Simpan dlm peti sejuk.
Untuk adunan kek :
1. Putar cream cheese bersama telur hingga sebati.
2. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan whipping cream, yogurt, tepung dan serbuk perisa mangga. Putar hingga sebati.
4. Tuang adunan ke loyang.
5. Bakar cara bain marie (Loyang letakkan atas dulang pembakar dan masukkan air panas dlm dulang tersebut). Bakar pada suhu suhu 140 degree selama 1 jam 10 minit.
6. Setelah masak biarkan dulu dlm oven selama sejam.
7. Kemudian simpan dlm peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Nak lagi sedap simpanlah semalaman.
Warna ciskek ni agak oren-oren gitu, bukan warna ciskek yg biasa dilihat tu. Sesiapa yg allergic dgn warna oren, tak payah le letak serbuk mangga tu.
Resepi ni saya rujuk dlm blog http://hanamemories.blogspot.com - resepi marble cheese cake. Tapi saya putaq-belitkan jadi blueberry cheese cake sbb malas nak mermable-marble. Jus lemon dan lemon zest pun saya tak letak. Ampun ye Cikgu Hana.....SELAMAT MENCUBA bg yg belum mencuba. Nyum..nyum..aktiviti menambah spare part kat perut.

Sabtu, 17 Disember 2011
ROTI OH ROTI
Fuh...saat mata dah hampir-hampir nak terlelap ni, baru terasa kepenatan setelah seharian "bekerja" tanpa henti.Apa le agaknya koje yg saya buat ni? Kerja kedai dobi? Jawapannya, 2 hari sekali. Tukang sapu sampah? Jawapannya, hari-hari. Tukang masak? Ye betul, hari ni saya ambil tender menguli doh-doh roti. Bukan utk pasaran komersial ye, tapi utk pelanggan tetap yg ada kat rumah ni saja.....Dari pagi sampailah ke malam meroti saja saya hari ni. Maklumlah org baru nak belajar-belajar buat roti sendiri, teruja sesangat sampai sakit-sakit badan dah ni. Tapi best...tengok hasil tangan sendiri dan jualan pula laku utk pelanggan tetap kat rumah ni. Terima kasihlah kpd penyumbang resepi dan petua-petua yg diperturunkan utk buat roti. Antara blog yg saya "study" utk buat roti ialah http://jintanmanis.blogspot.com, http://yatiememories.blogspot.com, http://tiffinbiru.com, http://fromintankitchen.blogspot dan juga laman-laman youtube yg paparkan cara nak bentukkan pelbagai jenis roti. Ada roti silang, roti ulat bulu (serem je bunyi), croissant dan roti bulat-bulat tu. Jasa penyumbang-penyumbang resepi yg tak kedekut ilmu amat-amat saya hargai. Semoga pahala anda dlm menyumbang ilmu dikira sebagai amal jariah. Amin.....
RESEPI ROTI SAYA
BAHAN :
250 gm tepung gandum (sebab tak de tepung high protein. Kalau ada lebih baik guna tepung jenis ni)
10 gm yis
1/2 sudu teh baking powder
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau minyak
4 sudu besar gula
150 ml air suam
Untuk sapuan :
1 biji telur, sedikit madu, sedikit susu cair (dikocok sekali)
sedikit marjerin.
Cara nak buat water roux :
50 tepung gandum dan 250 ml air.
Kacau atas api sehingga pekat dan sejukkan.
CARA :
1. Tepung, yis dan baking powder digaul sebati.
2. Masukkan water roux dan shortening, sebatikan.
3. Masukkan marjerin atau minyak. Jadikan adunan seperti bread crumbs.
4. Susu dan gula dibancuh bersama air suam.
5. Tuang air suam tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jadikan adunan seperti doh.
6. Uli hingga doh tak melekat di tangan. Jika melekat tambah tepung, jika kurang tambah air.
7. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramaskan doh sekitar 8-10 minit.
8. Keluarkan doh dan uli semula.
9. Perap doh selama 45 minit atau naikkan sekali ganda.
10. Bentukkan roti.
11. Biarkan roti yang telah dibentuk selama 20-40 minit (Jangan lebih 40 minit kerana nanti sarangnya akan jadi besar-besar).
12. Sapu permukaan roti dengan telur,susu dan madu yang telah dikocok. Ini untuk menghasilkan permukaan roti yang berkilat dan kekuningan.
13. Bakar dalam oven menggunakan suhu 170 selama 20 minit.
14. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapu dengan marjerin untuk roti yang lebih berkilat dan lembut. SELAMAT MENCUBA.
![]() |
| Betapa seronoknya berjaya buat roti walaupun tanpa bread maker. |

Langgan:
Catatan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Kira-kira 2 minggu yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang kawan berbangsa Arab. Tujuan ziarah ke rumahnya kali ini, ...
-
Doh donut buat hal..... Salam....cadangnya pagi Ahad ni nak sarapan dengan donut. Sesudah selesai menunaikan solat Subuh, saya pun menguli...
-
Sekarang di Jordan telah tiba musim panas setelah berlalunya musim sejuk yang terlalu sejuk juga berlalunya musim bunga yang cantik dengan h...
-
Assalamualaikum buat para pembaca. Di Jordan ni menu lauk susah nak dipelbagaikan. Faktor utamanya ikan sukar untuk didapati. Tu pun hanya m...