Slm...hari ni dilalui dgn perkara biasa-biasa sahaja. Memasak, mengemas, mendobi dan juga lepak-lepak tengok tv. Rancangan tv yg paling saya sukai tentulah Fatafeat. Fatafeat ni sebuah rancangan masak-masak di rantau Arab. Fatafeat bukan sekadar menyajikan resepi Timur Tengah, tetapi turut menyajikan resepi-resepi dari Barat. Kalau kat Malaysia skrg dok femes master chef, tetapi kat sini femes dgn star chef.
Menu menarik hari ni? Membaking ciskek lagi....BLUEBERRY CHEESE CAKE, tapi yg ni saya taruk perisa mangga. Topingnya tetap letak blueberry sbb kat Jordan ni tak de kebun mangga. Yang banyak kebun zaitun, takkan saya nak letak buah zaitun pulak. Ngeee.....tak dpt bayangkan rasanya klau ciskek letak buah zaitun. Boleh pening lalat agaknya.
BLUEBERRY CHEESE CAKE
BAHAN :
Base :
1. 50 gm tea biskut
2. 100 gm marjerin
Kek :
240 gm cream cheese
80 gm gula halus
2 biji telur gred C
200 ml whipping cream
135 ml yogurt perisa asli
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk perisa mangga (Kalau kat Malaysia ada jenama Tang)
CARA :
Untuk base :
1. Hancurkan biskut dan gaul bersama mentega yg telah cair.
2. Kemudian tekan-tekan dan padatkan dlm loyang spring foam.
3. Simpan dlm peti sejuk.
Untuk adunan kek :
1. Putar cream cheese bersama telur hingga sebati.
2. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan whipping cream, yogurt, tepung dan serbuk perisa mangga. Putar hingga sebati.
4. Tuang adunan ke loyang.
5. Bakar cara bain marie (Loyang letakkan atas dulang pembakar dan masukkan air panas dlm dulang tersebut). Bakar pada suhu suhu 140 degree selama 1 jam 10 minit.
6. Setelah masak biarkan dulu dlm oven selama sejam.
7. Kemudian simpan dlm peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Nak lagi sedap simpanlah semalaman.
Warna ciskek ni agak oren-oren gitu, bukan warna ciskek yg biasa dilihat tu. Sesiapa yg allergic dgn warna oren, tak payah le letak serbuk mangga tu.
Resepi ni saya rujuk dlm blog http://hanamemories.blogspot.com - resepi marble cheese cake. Tapi saya putaq-belitkan jadi blueberry cheese cake sbb malas nak mermable-marble. Jus lemon dan lemon zest pun saya tak letak. Ampun ye Cikgu Hana.....SELAMAT MENCUBA bg yg belum mencuba. Nyum..nyum..aktiviti menambah spare part kat perut.
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Ahad, 18 Disember 2011
Isnin, 12 Disember 2011
BERPAGI-PAGI DENGAN KEK COKLAT MOIST
12.12.2011.
CAK ! SELAMAT PAGI DAN SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-6 UNTUK ANAKANDA MUHAMMAD AFNAN. SEMOGA AFNAN MAMPU MENAPAK SEBAGAI ANAK YANG SOLEH, PENYEJUK HATI KEDUA IBU BAPA. SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI AFNAN, DIKURNIAKAN KECERDASAN AKAL FIKIRAN, KEBAIKAN AKHLAK DAN SIHAT TUBUH BADAN. TUTUPKANLAH PANDANGAN MATA HATI AFNAN DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG OLEH AGAMA-MU YA ALLAH.
Sebenarnya agak fening juga nak pilih kek yang mana nak buat untuk hari jadi Afnan hari ni. Satu jenis nak bawa ke sekolah, kat rumah nak jenis yang lain pulak. Haru-biru budak ni sorang (Mujur tak haru-pink ke, haru-kelabu asap ke). Cheese kek ke ? Chocolate kek ke ? 2 jenis kek ni memang laku kat rumah ni. Kalau yang jenis lain tak berapa laju. So, pepagi bangun lepas solat Subuh, saya dah menggodek kek coklat moist untuk Afnan bawa ke sekolah. Tapi versi yang ni saya letak dalam paper cup, maka jadi le muffin untuk mudah dia agih-agihkan kepada kawan-kawan dia. Lagipun kek ni mudah nak buat, semudah ABC dan dicampur tolak pula dengan masa yang terhad.
RESEPI KEK COKLAT MOIST (VERSI muffin)
Sumber asal : Dari Pn.Munirah Baharom Kongsi Resepi
BAHAN
Bahan A:
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak sayuran - saya guna minyak jagung
3/4 cawan susu pekat
Optional : 1 sudu teh nescafe (saya tambah)
Optional juga : 1 sudu teh jus lemon (untuk hilang rasa muak pada kek)
Bahan B :
4 biji telur saiz M
Bahan C :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu KFC baking powder
1 sudu KFC soda bikarbonat
CARA :
1. Kesemua bahan A dimasak atas api. Masak sehingga gula cair sahaja, tidak perlu mendidih. Dah masak, sejukkan sebentar.
2. Blender telur sehingga kembang.
3. Ayak bahan C bersama-sama.
4. Masukkan bahan B dan bahan C secara berselang-seli ke bahan A. Sebatikan.
5. Tuang ke dalam paper cup yang dialas dengan acuan muffin dan bakar dalam oven menggunakan suhu 170 degree selama 30 minit.
Mudahkan ? Sedia bahan 30 minit, bakar 30 minit. Dah siap.....SELAMAT MENCUBA untuk versi kek yang mudah, cepat dan sedap...Terima kasih kepada penyumbang resepi, Pn. Munirah Baharom.

Jumaat, 9 Disember 2011
CREAM CHEESE SPONGE CAKE
Ciskek yang saya buat ni kira jodoh juga la...sebabnya dgn ciskek ni saya jarang-jarang sekali bertemu jodoh. Cuma sejak akhir-akhir ni saja jodoh saya dengan ciskek agak mudah juga ler. Bak kata orang usaha tangga kejayaan. Sebenarnya resepi asal menggunakan slice cheese. Kalau sesiapa nak tengok resepi asal boleh terjah ke onigiri@myresipi. Tapi yang ni saya auter2 sendiri guna cream cheese. Cream cheese ni yang saya guna ni berbentuk 3 segi yang biasa orang Arab sapukan pada roti tu. Kandungan bahan pun saya tambah sikit dari resepi asal. Kek ni teksturnya gebus, lembut dan moist. Rasanya lemak yang tak berapa lemak dan manis yang kurang manis. Bagi saya rasanya sedap dan ala-ala sponge kek. Rasa sekali, nak lagi dan lagi dan lagi. Sekali baking menjadi, nak baking lagi dan lagi dan lagi. Terima kasih kepada penyumbang resepi asal walaupun saya durhaka sikit-sikit ikut bahan yang ada kat rumah ni saja. Nama baru yang saya rasa nak bagi ialah CREAM CHEESE SPONGE CAKE sebab letak cream cheese dan teksturnya ala-ala sponge cake:
# Gambar akan dimasukkan kemudian, sebab bila upload asyik ralat je....2 , 3 kali cuba pun ralat je. Apa hal pun tak tahu le.. Tadaaaa...masuk juga gambar yang tak seberapa je ni. Dapnye...ciskek. Jemput tatap semua.....
CREAM CHEESE SPONGE CAKE.
BAHAN :
7 ketul cream cheese
300 ml susu cair
100 gm marjerin
6 biji telur saiz M- asingkan putih dan kuning telur
100 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
100 gm gula halus
CARA :
1.Blender cream cheese dan susu hingga cream cheese hancur. Panaskan cheese atas api kecil.
2. Masukkan marjerin ke cheese. Kacau sehingga marjerin hancur. Tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Sementara itu buat meringue, iaitu putih telur dan gula dipukul dengan kelajuan tinggi hingga likat dan bertanduk. Cara nak tahu meringue anda menjadi atau tidak, terbalikkan bekas. Jika adunan tidak tumpah maka meringue anda telah menjadi. (Tahniah untuk anda, dan boleh ke langkah seterusnya. Jika meringue tidak menjadi...lupakan saja dan buat meringue lain sehingga menjadi kerana kek ini bergantung kepada kemenjadian meringuenya. Semasa nak mengasingkan putih telur dan kuning telur pastikan bekas dan mixer kering sekering-keringnya, iaitu tidak ada setitis air pun. Pastikan tidak ada setitik pun kuning telur atau kulit telur termasuk ke dalam putih telur tu. Pastikan juga tidak ada benda asing lain yang tercampur dalam putih telur tu.)
4. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
5. Ayak tepung. Masukkan tepung dan kuning telur secara berselang-seli ke dalam adunan cheese tadi. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
6. Kemudian kaupbalikkan adunan tepung dan meringue. Gunakan spatula sahaja. Pastikan adunan sebati dan jangan terlebih kacau. Tuang adunan ke dalam loyang.
7. Bakar cara bain marie, iaitu letakkan loyang ke dalam dulang yang mengandungi air panas. Ketika bakar, suhu pertama naikkan sehingga 170 degree dan bakar selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu sehingga 140 degree dan bakar lagi selama 40 minit.
8. Setelah masak, biarkan dahulu di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15 minit. Selepas itu, buka sedikit penutup oven dan biarkan dahulu kek di dalam oven selama 15 minit lagi.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Jika tak sabar, potonglah kek tersebut dan boleh terus ngap. Kek ini lebih sedap kalau disimpan semalaman. Biasalah ciskek kan....mana-mana ciskek pun yang disimpan semalaman lebih sedap dan terasa kekejuannya. SELAMAT MENCUBA. Kalau dah cuba tapi tak jadi, sila tinggalkan komen untuk saya bagi tunjuk ajar. Cewah!
![]() |
| CREAM CHEESE SPONGE CAKE |

Langgan:
Catatan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum buat para pembaca. Di Jordan ni menu lauk susah nak dipelbagaikan. Faktor utamanya ikan sukar untuk didapati. Tu pun hanya m...
-
Salam Jumaat semua dan salam juga saya tujukan khas buat K.Yatie, tuan punya blog http://yatiememories.blogspot.com . Hari ni saya buka blog...
-
Hari ni hari ulang tahun perkahwinan saya dan Abang untuk kali yang ke-12. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana Allah memberi nikmat ...
-
ADHA 2012 DAN IBU Hari ini anak-anak sudah memulakan persekolahan setelah cuti sementara yang hanya beberapa hari sempena sambutan Aidil A...
-
Fuh...saat mata dah hampir-hampir nak terlelap ni, baru terasa kepenatan setelah seharian "bekerja" tanpa henti.Apa le agaknya koj...