Ahad, 24 Julai 2011
DONUT BUAT HAL
Doh donut buat hal.....
Salam....cadangnya pagi Ahad ni nak sarapan dengan donut. Sesudah selesai menunaikan solat Subuh, saya pun menguli donut seawal jam 5.15 pagi. Dalam perkiraan jam 7.00 pagi dah boleh buat kerja goreng-menggoreng untuk sarapan anak-anak ke sekolah dan En. Husband saya ke kuliah. Selesai menguli donut saya pun menyambung kembali zzzzz. Dah set jam 7.00 bangun. Dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh semangat, sesudah bangun dari zzzzz saya pun tengok kembali doh donut. Alangkah hampanya saya, doh donut tak naik-naik. Di mana kesilapan saya pun masih kurang pasti. Tapi rasa-rasanya dah ikut sukatan yang biasa buat. Cumanya saya tak rujuk catatan, pakai ingat-ingat je sukatannya. Yelah konon-kononya dah pro....Dan ketika blog ini ditulis jam 10.14 pagi, doh donut masih kurang pengembangannya seperti yang diharapkan. Alangkah hampanya saya.....Sarapan anak-anak? Mujurlah laksa yang dimasak malam tadi masih berbaki. Sarapan laksalah anak-anak saya ke sekolah pepagi tadi. PERINGATAN BUAT DIRI SAYA: walaupun rasa dah pandai, tapi buat-buatlah tak pandai kerana jika rasa-rasa dah pandai kemungkinan hasilnya tidak sepandai sepertimana kebiasaannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Kira-kira 2 minggu yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang kawan berbangsa Arab. Tujuan ziarah ke rumahnya kali ini, ...
-
Salam Jumaat semua dan salam juga saya tujukan khas buat K.Yatie, tuan punya blog http://yatiememories.blogspot.com . Hari ni saya buka blog...
-
Salam semua....apa ye menu sarapan hari ini? Hari ini saya buat kuih cara manis. Inilah kuih cara pertama saya sejak menjejakkan ke Jordan n...
-
Hari ini dalam sejarah lagi.... Percubaan menghasilkan kuih talam suji untuk kali kedua tidak menjadi. Di mana kesilapan pun, saya tidak ta...
-
Salam ukhuwah....antara aktiviti masa lapang saya adalah gemar menerjah blog-blog yang berkaitan resepi masakan dan juga blog-blog yang memb...
akak...kot2 lah suasana sekarang ni kan pana2 sejuk2..angin bertiup kuat sangat skrg..kalu buat sup..pastu nk mkn mesti kena panaskn semula abb dia berketul2..rumah sya ni sejuk sikit kak..takper2 nanti buat doh donut tu semula,then letak kat depan sobah..huhu sobah di musim panas!
BalasPadam