ADHA 2012 DAN IBU
Hari ini anak-anak sudah memulakan persekolahan setelah cuti sementara yang hanya beberapa hari sempena sambutan Aidil Adha. Apabila membicarakan tentang Aidil Adha sinonimnya tentulah dgn ibadah haji. Pada tahun ini saya dan suami mendaftarkan nama untuk pergi haji. Namun, rezeki tidak menyebelahi kami (bukan kami sahaja, termasuklah sahabat-sahabat di Jordan yang lain) kerana pihak Kedutaan Arab Saudi tidak buka visa haji untuk orang Malaysia pergi haji melalui Jordan. Hmmm...bila ditenung-tenung semula mungkin tak layak lagi nak jadi tetamu Allah pada tahun ini. Barangkali banyak lagi perkara bersangkutan yang perlu diselesaikan sebelum benar-benar layak dijemput menjadi tetamu Allah, terutamanya hutang dengan manusia. Sekiranya ditakdirkan saya benar-benar berada di Arafah pada tahun ini, antara doa yang saya ingin panjatkan :
"YA ALLAH ! SEMBUHKANLAH IBUKU DARI SAKITNYA. KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUKNYA."
Malahan doa ini jugalah yang saya panjatkan pada setiap kali solat fardhu dan tatkala berpeluang berada di hadapan Kaabah terutama di kawasan Multazam ketika menunaikan umrah.
Semoga segala ilmu Fardhu Ain yang diajar oleh ibu saya kepada saya, adik-adik saya dan anak-anak muridnya menjadi amal jariah untuk dirinya.
Isnin, 29 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Salam Jumaat semua dan salam juga saya tujukan khas buat K.Yatie, tuan punya blog http://yatiememories.blogspot.com . Hari ni saya buka blog...
-
Hari ni 15/12/2011- hari ulang tahun kelahiran anakanda saya yang pertama, Muhammad Anas. SELAMAT HARI JADI. SEMOGA MAMPU MENJADI ANAK SOLEH...
-
Ramai yang sedia maklum hati itu umpama raja di dalam tubuh. Sedangkan anggota tubuh badan yang lain hanyalah pengikut. Oleh itu hati perlu ...
-
Doh donut buat hal..... Salam....cadangnya pagi Ahad ni nak sarapan dengan donut. Sesudah selesai menunaikan solat Subuh, saya pun menguli...
-
Saya mempunyai anak yang baru nak mengenal alam persekolahan. Kadang-kadang pening juga memikirkan bagaimanakah cara untuk membantunya agar ...
Ya Allah,Kau sembuhkan ibu kepada kak Abidah ini ...Berikan yang terbaik untuk ibunya"..amin.Semoga Allah memudahkan urusan kita semua sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak,amin.
BalasPadam