Hari ini 11 Disember 2011. Sejak mempunyai keluarga sendiri, tersusun 4 peristiwa penting untuk diingati setiap kali menjelmanya bulan Disember.
- 12 Dis hari ulang tahun anak saya yang ke-3, iaitu Afnan.
- 15 Dis hari ulang tahun anak saya yang pertama, iaitu Anas.
- 26 Dis hari ulang tahun perkahwinan kami.
- 30 Dis hari ulang tahun kelahiran saya sendiri.
Kalau nak buat jamuan untuk semua majlis ni, huish.......bersusun ni. Yang pastinya setiap tahun walaupun tidak disambut dgn majlis secara besar-besaran, doa untuk memperoleh kebaikan dan kesejahteraan sentiasa dipanjatkan oleh kami suami isteri. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kami sekeluarga hingga ke akhir hayat. Amin....
Psst...psst...Hari ni sebelum tidur Afnan dah request kek hari jadinya untuk esok. Nak bawa ke sekolah katanya. Nanti cikgunya nak bagi topi panjang dan belon utk dia mcm yg kawan2 dia dapat. Itulah harapan, impian dan kegembiraan seorang budak 6 tahun sempena nak sambut hari jadinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan