CREAM CHEESE SPONGE CAKE |
CREAM CHEESE SPONGE CAKE.
BAHAN :
7 ketul cream cheese
300 ml susu cair
100 gm marjerin
6 biji telur saiz M- asingkan putih dan kuning telur
100 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
100 gm gula halus
CARA :
1.Blender cream cheese dan susu hingga cream cheese hancur. Panaskan cheese atas api kecil.
2. Masukkan marjerin ke cheese. Kacau sehingga marjerin hancur. Tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Sementara itu buat meringue, iaitu putih telur dan gula dipukul dengan kelajuan tinggi hingga likat dan bertanduk. Cara nak tahu meringue anda menjadi atau tidak, terbalikkan bekas. Jika adunan tidak tumpah maka meringue anda telah menjadi. (Tahniah untuk anda, dan boleh ke langkah seterusnya. Jika meringue tidak menjadi...lupakan saja dan buat meringue lain sehingga menjadi kerana kek ini bergantung kepada kemenjadian meringuenya. Semasa nak mengasingkan putih telur dan kuning telur pastikan bekas dan mixer kering sekering-keringnya, iaitu tidak ada setitis air pun. Pastikan tidak ada setitik pun kuning telur atau kulit telur termasuk ke dalam putih telur tu. Pastikan juga tidak ada benda asing lain yang tercampur dalam putih telur tu.)
4. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
5. Ayak tepung. Masukkan tepung dan kuning telur secara berselang-seli ke dalam adunan cheese tadi. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
6. Kemudian kaupbalikkan adunan tepung dan meringue. Gunakan spatula sahaja. Pastikan adunan sebati dan jangan terlebih kacau. Tuang adunan ke dalam loyang.
7. Bakar cara bain marie, iaitu letakkan loyang ke dalam dulang yang mengandungi air panas. Ketika bakar, suhu pertama naikkan sehingga 170 degree dan bakar selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu sehingga 140 degree dan bakar lagi selama 40 minit.
8. Setelah masak, biarkan dahulu di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15 minit. Selepas itu, buka sedikit penutup oven dan biarkan dahulu kek di dalam oven selama 15 minit lagi.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Jika tak sabar, potonglah kek tersebut dan boleh terus ngap. Kek ini lebih sedap kalau disimpan semalaman. Biasalah ciskek kan....mana-mana ciskek pun yang disimpan semalaman lebih sedap dan terasa kekejuannya. SELAMAT MENCUBA. Kalau dah cuba tapi tak jadi, sila tinggalkan komen untuk saya bagi tunjuk ajar. Cewah!
Tiang Xtreme, Titanium Pen, - TITanium Art
BalasPadamTiang tungsten titanium Xtreme, Titanium Pen, titanium tent stakes | Tiang Xtreme. titanium bikes Tiang Xtreme, Titanium Pen | Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. titanium apple watch band Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang titanium piercings Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme. Tiang Xtreme.
these details love dolls,japanese sex dolls,japanese sex dolls,dog dildo,vibrators,sex chair,vibrators,japanese sex dolls,sex toys my latest blog post
BalasPadam