Isnin, 26 Disember 2011

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-12

Hari ni hari ulang tahun perkahwinan saya dan Abang untuk kali yang ke-12.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana Allah memberi nikmat jodoh yang panjang sehingga hari dan saat ini. Semoga jodoh saya dan Abang diperpanjangkan sehingga hari akhirat, amin....
Jodoh kami keluarga yang tentukan kerana masing-masing tak pandai nak berkapel-kapel seperti budak-budak zaman sekarang. Alhamdulillah....bercinta pun lepas kawen. Usia pertunangan setahun kerana saya ketika itu masih belum tamat belajar lagi dan Abang pun baru nak menapak mencari kerja setelah tamat belajar.
Lepas kawen kami berdua terus berhijrah ke Negeri 9. Hampir 8 tahun kami di Negeri 9 mencari pengalaman kehidupan di samping mencari rezeki di sana.
Dan akhirnya berhijrah ke Selangor pula dan rasanya akan menjadi penduduk tetap Selangor sebab dah beli rumah di sana.
Dan sekarang Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk kami menjalani kehidupan sementara di Dataran Syam.


2 ulasan:

  1. Hepi anniversary Dah dan ustaz..semoga Allah melimpahi kebahagiaan berpanjangan dan mengurniakan anak2 soleh dan solehah penyejuk hati ibu ayah..aminn

    BalasPadam

CATATAN POPULAR