ADHA 2012 DAN IBU
Hari ini anak-anak sudah memulakan persekolahan setelah cuti sementara yang hanya beberapa hari sempena sambutan Aidil Adha. Apabila membicarakan tentang Aidil Adha sinonimnya tentulah dgn ibadah haji. Pada tahun ini saya dan suami mendaftarkan nama untuk pergi haji. Namun, rezeki tidak menyebelahi kami (bukan kami sahaja, termasuklah sahabat-sahabat di Jordan yang lain) kerana pihak Kedutaan Arab Saudi tidak buka visa haji untuk orang Malaysia pergi haji melalui Jordan. Hmmm...bila ditenung-tenung semula mungkin tak layak lagi nak jadi tetamu Allah pada tahun ini. Barangkali banyak lagi perkara bersangkutan yang perlu diselesaikan sebelum benar-benar layak dijemput menjadi tetamu Allah, terutamanya hutang dengan manusia. Sekiranya ditakdirkan saya benar-benar berada di Arafah pada tahun ini, antara doa yang saya ingin panjatkan :
"YA ALLAH ! SEMBUHKANLAH IBUKU DARI SAKITNYA. KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUKNYA."
Malahan doa ini jugalah yang saya panjatkan pada setiap kali solat fardhu dan tatkala berpeluang berada di hadapan Kaabah terutama di kawasan Multazam ketika menunaikan umrah.
Semoga segala ilmu Fardhu Ain yang diajar oleh ibu saya kepada saya, adik-adik saya dan anak-anak muridnya menjadi amal jariah untuk dirinya.
Isnin, 29 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
ADHA 2012 DAN IBU Hari ini anak-anak sudah memulakan persekolahan setelah cuti sementara yang hanya beberapa hari sempena sambutan Aidil A...
-
Salam semua....apa ye menu sarapan hari ini? Hari ini saya buat kuih cara manis. Inilah kuih cara pertama saya sejak menjejakkan ke Jordan n...
-
Slm...hari ni dilalui dgn perkara biasa-biasa sahaja. Memasak, mengemas, mendobi dan juga lepak-lepak tengok tv. Rancangan tv yg paling saya...
-
Orang kata, bukan sebarang orang yang kata le...tapi mengikut orang-orang yang pakar dalam bidang masakan, resepi yang sama, tapi kalau baka...
-
Ramai yang sedia maklum hati itu umpama raja di dalam tubuh. Sedangkan anggota tubuh badan yang lain hanyalah pengikut. Oleh itu hati perlu ...
Ya Allah,Kau sembuhkan ibu kepada kak Abidah ini ...Berikan yang terbaik untuk ibunya"..amin.Semoga Allah memudahkan urusan kita semua sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak,amin.
BalasPadam