Seperti yang dijanjikan, saya ingin mengutarakan sedikit luahan rasa mengapakah tajuk KEMBARA ILMU SEGUNUNG HARAPAN SEJUTA IMPIAN menjadi pilihan untuk blog saya. Saya mendefinisikan maksud frasa ini tidak berdasarkan rujukan kepada mana-mana kamus, namun hanya definisi berdasarkan sedikit cernaan minda saya yang tidak seberapa ini. Kembara ilmu dipilih kerana saya masih dalam pencarian ilmu dunia dan akhirat. Ilmu yang saya dapat InsyaAllah seboleh-bolehnya saya akan cuba kongsikan bersama pembaca untuk manfaat bersama. Segunung harapan sejuta impian bermaksud cita-cita saya yang terlalu tinggi seiring dengan ilmu yang saya dapat. Moga-moga blog ini bukan sekadar cerita kosong dan catatan pengalaman hidup saya, tapi ada "suatu" manfaat yang dapat saya kongsikan bersama pembaca. Jika tidak ilmu pun yang pembaca dapat, mungkin pembacaan di blog ini boleh dijadikan sebagai hiburan waktu santai. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini dan segala komen yang membina juga saya alu-alukan untuk faedah bersama.
Nama blog saya balqis-ummubalqis pula dipilih sempena mengambil nama puteri sulung saya, iaitu Auni Balqis.
Selasa, 14 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Hari ini dalam sejarah lagi.... Percubaan menghasilkan kuih talam suji untuk kali kedua tidak menjadi. Di mana kesilapan pun, saya tidak ta...
-
Kira-kira 2 minggu yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang kawan berbangsa Arab. Tujuan ziarah ke rumahnya kali ini, ...
-
Hari ini 11 Disember 2011. Sejak mempunyai keluarga sendiri, tersusun 4 peristiwa penting untuk diingati setiap kali menjelmanya bulan Disem...
-
Salam pagi Jumaat....Setiap kali tibanya hari Jumaat satu perkara yang seboleh-bolehnya ingin saya lakukan secara berterusan pada setiap har...
-
Doh donut buat hal..... Salam....cadangnya pagi Ahad ni nak sarapan dengan donut. Sesudah selesai menunaikan solat Subuh, saya pun menguli...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan