Kira-kira 2 minggu yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang kawan berbangsa Arab. Tujuan ziarah ke rumahnya kali ini, bukan sekadar untuk berziarah, tetapi ingin mengutip sedikit ilmu masakan Arab. Ini adalah kali ke-2 saya sekeluarga berkunjung ke rumahnya. Kawan Arab ni dikenali sebagai Abu Zed, mempunyai isteri berbangsa Romania dan mempunyai 5 orang anak-Zed, Sarah, Hamzah, Sef, Lamis dan bakal lahir lagi seorang anak pada bulan November ini. Saya amat kagum dengan Ummu Zed (panggilan untuk isteri Abu Zed) @ Monica kerana ketika berkahwin dengan Abu Zed, beliau tidak tahu langsung berbahasa Arab. Namun kini, amat fasih berbahasa Arab.
Dalam kunjungan ke rumah beliau untuk kali ini, saya berkesempatan belajar resepi kebab dan juga ayam bakar. Rupa mahupun rasa kebab di Malaysia dan Jordan adalah berbeza. Jika di Malaysia, inti kebab ialah ayam yang dibakar dan dicampur dengan sayur-sayuran. Tetapi di Jordan kebab ialah daging cincang yang disalut pada besi pemanas dan dibakar, kemudian dimakan bersama roti Arab. Rasanya amat enak dengan pelbagai bahan campuran lain. Di sini sukalah saya berkongsi resepi kebab yang sudah menjadi kegemaran kami sekeluarga.
RESEPI KEBAB (ARAB STYLE) :
BAHAN-BAHAN :
3 kg daging cincang
200 gm lemak daging - dicincang
1 ikat daun baqdunis
# ketiga-tiga bahan dimesin bersama.
3 sudu besar serbuk lada hitam
3 labu bawang besar-diblender
1 labu bawang putih-diblender
CARA :
Kesemua bahan digaul sekali dan disebatikan. Kemudian, kepal-kepalkan daging tadi ke besi pemanas dalam 4 atau 5 ketul. Akhir sekali dibakar. Lemak yang sebati pada daging tadi akan mencair dan lemak juga turut bertindak sebagai "gum paste" kepada daging-daging tadi. SELAMAT MENCUBA....
RESEPI AYAM BAKAR (ARAB STYLE) :
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam - dipotong dadu
3 sudu besar sos mustard
Garam secukup rasa
2 sudu besar cuka
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 labu bawang besar - dikisar
1 labu bawang putih - dikisar
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar perahan jus lemon
CARA-CARA :
Campur kesemua bahan dan perap ayam selama kira-kira 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar. Mudahkan ? SELAMAT MENCUBA.
Jika diberi kesempatan saya ingin belajar memasak pelbagai jenis nasi Arab seperti nasi kabsah, mandy, zubyan dan pelbagai lagi. Juga pelbagai jenis syurbah (sup) dan salatah.
Rabu, 20 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Kira-kira 2 minggu yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang kawan berbangsa Arab. Tujuan ziarah ke rumahnya kali ini, ...
-
Salam pagi Jumaat....Setiap kali tibanya hari Jumaat satu perkara yang seboleh-bolehnya ingin saya lakukan secara berterusan pada setiap har...
-
Salam semua....apa ye menu sarapan hari ini? Hari ini saya buat kuih cara manis. Inilah kuih cara pertama saya sejak menjejakkan ke Jordan n...
-
Orang kata, bukan sebarang orang yang kata le...tapi mengikut orang-orang yang pakar dalam bidang masakan, resepi yang sama, tapi kalau baka...
-
Fuh...saat mata dah hampir-hampir nak terlelap ni, baru terasa kepenatan setelah seharian "bekerja" tanpa henti.Apa le agaknya koj...
Mna nk dpt daun baqdunis?
BalasPadamMna nk dpt daun baqdunis?
BalasPadamdaun baqdunis tu daun apa tu dik
BalasPadamKite google die kate baqdounes ni daun parsley
BalasPadam