Ahad, 24 Julai 2011

DONUT BUAT HAL








Doh donut buat hal.....



Salam....cadangnya pagi Ahad ni nak sarapan dengan donut. Sesudah selesai menunaikan solat Subuh, saya pun menguli donut seawal jam 5.15 pagi. Dalam perkiraan jam 7.00 pagi dah boleh buat kerja goreng-menggoreng untuk sarapan anak-anak ke sekolah dan En. Husband saya ke kuliah. Selesai menguli donut saya pun menyambung kembali zzzzz. Dah set jam 7.00 bangun. Dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh semangat, sesudah bangun dari zzzzz saya pun tengok kembali doh donut. Alangkah hampanya saya, doh donut tak naik-naik. Di mana kesilapan saya pun masih kurang pasti. Tapi rasa-rasanya dah ikut sukatan yang biasa buat. Cumanya saya tak rujuk catatan, pakai ingat-ingat je sukatannya. Yelah konon-kononya dah pro....Dan ketika blog ini ditulis jam 10.14 pagi, doh donut masih kurang pengembangannya seperti yang diharapkan. Alangkah hampanya saya.....Sarapan anak-anak? Mujurlah laksa yang dimasak malam tadi masih berbaki. Sarapan laksalah anak-anak saya ke sekolah pepagi tadi. PERINGATAN BUAT DIRI SAYA: walaupun rasa dah pandai, tapi buat-buatlah tak pandai kerana jika rasa-rasa dah pandai kemungkinan hasilnya tidak sepandai sepertimana kebiasaannya.

1 ulasan:

  1. akak...kot2 lah suasana sekarang ni kan pana2 sejuk2..angin bertiup kuat sangat skrg..kalu buat sup..pastu nk mkn mesti kena panaskn semula abb dia berketul2..rumah sya ni sejuk sikit kak..takper2 nanti buat doh donut tu semula,then letak kat depan sobah..huhu sobah di musim panas!

    BalasPadam

CATATAN POPULAR